SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Monday, May 6, 2013

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B


Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B-1 

Pada kali ini, mari kita lihat beberapa perkara penting yang perlu di ambil perhatian ketika hendak menjawab soalan sains pada Bahagian (B).

Bagi murid yang ingin Skor A - sains UPSR , perkara penting perlu dikuasai iaitu :-
1.  Fakta Sains ( Bahagian A )
2.  Kemahiran Proses Sains     ( Bahagian B )
3.  Kemahiran Berfikir ( Bah. A dan B )



Cuba dapatkan markah maksimum , murid pastikan :-
1.Bahagian A , betul 25 dan ke atas  daripada 30 markah penuh
2. Bahagian B , betul 15 dan ke atas daripada  20 markah penuh 
Perkara yang perlu diketahui

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah adalah sesuatu  atau maklumat yang boleh berubah-ubah.

Pembolehubah adalah :
  • Pembolehubah yang dimanipulasi (PM)   
  • Pembolehubah yang bergerakbalas (PGB)  
  • Pembolehubah yang dimalarkan atau yang dikawal    
Pembolehubah yang bergerakbalas  (PGB)
Perkara yang diperhatikan / diukur/ direkodkan/  keputusan daripada penyiasatan.

Pembolehubah yang dimanipulasi (PM)
Perkara yang diubah (berbeza) atau dimanipulasikan dalam sesuatu penyiasatan dan
 ianya memberikan  kesan kepada apa yang diperhatikan.

Pembolehubah yang dimalarkan
Perkara  yang sama(tidak diubah) dan tetap/malar dalam penyiasatan.


















tujuan/ tajuk

kata kunci;
Untuk mengkaji hubungan antara (pm) dengan (pb)
               

Contoh ;


Untuk menyiasat hubungan antara suhu air dengan masa yang diambil oleh ais  untuk melebur

Tips : kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan(PM) dan 
           kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas (PB).             


  

Latihan


1.        Jadual di bawah menunjukkan hasil penyiasatan yang telah dijalankan oleh sekumpulan doktor pelatih di
           sebuah hospital di Tanjung Tong.


(pembolehubah dimanipulasi)
Bulan
(pembolehubah bergerakbalas)
Bilangan pesakit mata
Januari
11
Februari
25
March
39
April
53



               a)     Apakah tujuan penyiasatan di atas?


                  __________________________________________________________________

                 Tips : Untuk menyiasat hubungan di antara ....................... dengan .........................
 


                       b)      Berdasarkan keputusan,

i.              Apakah maklumat yang diubah (Pembolehubah imanipulasi)

........................................................................................................
                       
ii.            Apakah maklumat yang diukur (pembolehubah bergerakbalas)

........................................................................................................


c)         Ramalkan bilangan pesakit yang menghidapi penyakit dalam bulan Mei?

..............................................................................................................







No comments:

Post a Comment