SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Monday, May 6, 2013

KESAN HABA KE ATAS BAHAN


Kesan Haba ke atas Bahan 


(a)       Pengembangan dan Pengecutan Pepejal 
1.
Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiladisejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
       -Bola besi tidak dapat melepasi gelang logam apabila bola besi dipanaskan.
2.
Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.

3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal

i.
Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.

ii.
Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.

                                              -
(b)       Pengembangan dan Pengecutan Cecair 
1.
Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
2.
Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.
                          -Aras air berwarna dalam tiub kaca menaik kerana cecair 
                           mengembang apabila dipanaskan
3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair

Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.

  
(c)       Pengembangan dan Pengecutan Gas 
1.
Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
2.
Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyakberbanding pepejal dan cecair.

             -belon mengembang dan saiznya bertambah 
             -udara di dalam belon dipanaskan lalu mengembang
3.
Aplikasi pengembangan gas

Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.

19 comments:

  1. Thank you, saya guna ajar anak di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. its good for year 5. like my daughter

    ReplyDelete
  4. The best in the world your noted and questions

    ReplyDelete
  5. Besi apabila dipanaskan adakah jisim bertambah?

    ReplyDelete
  6. Good! Thanks ������

    ReplyDelete
  7. Pada waktu malam adakah kabel elektrik mengendur?

    ReplyDelete