SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Monday, May 6, 2013

HABA


Haba

Panas Atau Sejuk
  1. Haba adalah satu bentuk tenaga.
  2. Kita boleh merasai haba, tetapi kita tidak boleh melihat haba.
  3. Apabila sesuatu bahan menerima haba, bahan itu menjadi panas.
  4. Apabila sesuatu bahan kehilangan haba, bahan itu menjadi sejuk.
  5. Suhu suatu objek adalah pengukuran darjah kepanasan atau kesejukan objek itu.
  6. Objek yang sejuk mempunyai suhu yang rendah, manakala objek yang panas mempunyai suhu yang tinggi.
  7. Unit metrik bagi suhu ialah darjah Celsius (˚C) .
  8. Suhu boleh diukur dengan menggunakan termometer

9.    Teknik yang betul untuk menyukat suhu adalah seperti berikut:
        a)  Pegang termometer pada batangnya secara menegak.(Jangan
             pegang bebuli termometer kerana haba badan kita akan
             mempengaruhi bacaan termometer)
        b)  Rendamkan bebuli di dalam air.Jangan sentuh bebuli pada
             dasar atau dinding bikar.
        c)  Apabila mengambil bacaan,kedudukan mata mestilah searas
             dengan meniskus merkuri di dalam termometer.  

No comments:

Post a Comment