SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Thursday, April 25, 2013

TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI


TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI ... bah.2


TENAGA KUASA HIDRO

Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh menjana elektrik.

Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia.


Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk memahami kuasa hidro.


# Kitaran Air


Tenaga suria memanaskan air pada permukaan, menyebabkan ia tersejat. Wap air ini akan mengkondensasi menjadi awan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan.


Air mengalir menerusi sungai menuju laut, di mana ia tersejat dan kitaran air berlaku semula.



# Tenaga Mekanikal (kinetik) Diperoleh Daripada Air Yang Bergerak

Jumlah tenaga yang ada pada air yang bergerak ditentukan oleh aliran atau terjunannya. Kederasan air yang mengalir dalam sungai yang besar, membawa suatu tenaga yang besar dalam alirannya. Air yang jatuh atau terjun dengan laju dari satu titik yang tinggi, juga mempunyai banyak tenaga dalam alirannya. Ini dipanggil sebagai tenaga keupayaan.

Sama juga, apabila air mengalir menerusi saluran paip (tenaga keupayaan), kemudian menolak dan memusingkan bilah turbin (tenaga kinetik) untuk memutarkan generator bagi menghasilkan elektrik (tenaga elektrik). Dalam sistem sungai yang mengalir, daya arus berpunca dengan adanya, sementara dalam sistem simpanan air, air dikumpulkan di dalam takungan membentuk empangan, kemudian dilepaskan untuk menjana elektrik.

Disebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air, stesen janakuasa hidroelektrik mesti berada dekat dengan sumber air. 


Kawasan empangan juga boleh dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.


                                                                           
                                                                                    
TENAGA BIOJISIM 

Biojisim – Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Daripada Tumbuhan dan Haiwan 

Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya.


Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal - sampah. 

Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.




Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun.

Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak.

# Tenaga dari Sampah

Sampah, selalunya dikenali sebagai bahan buangan sisa pepejal, merupakan sumber tenaga biojisim. Sisa pepejal ini mengandungi bahan biojisim (atau biogenik) seperti kertas, kadbod, skrap makanan, rumput yang dipotong, daunan, kayu dan produk kulit, dan lain –lain bahan bukan – biojisim yang mudah terbakar seperti plastik dan lain – lain bahan sintetik yang diperbuat daripada petroleum.


# Biojisim dan Alam Sekitar 

Setiap bentuk biojisim mempunyai impak yang berbeza. Biojisim mencemarkan udara apabila ia dibakar, tetapi tidak sebanyak yang dihasilkan oleh bahan bakar fosil. Membakar bahan bakar biojisim tidak menghasilkan bahan pencemar seperti sulphur yang menyebabkan hujan asid. Apabila dibakar, biojisim membebaskan karbon dioksida, yang merupakan gas rumah hijau.


Pembakaran Kayu

Asap daripada pembakaran kayu mengandungi bahan pencemar seperti karbon monoksida dan beberapa bahan yang lain.

Pembakaran Bahan Buangan Sisa Pepejal atau Sisa Kayu

Pembakaran bahan buangan sisa pepejal (atau sampah) dan sisa kayu untuk menghasilkan tenaga bermakna ia akan kurang ditanam di kawasan pelupusan sampah. Sama seperti loji janakuasa arang batu, loji janakuasa tenaga daripada sampah ini menghasilkan pencemaran udara apabila bahan bakar itu dibakar untuk menghasilkan stim atau elektrik. Membakar sampah membebaskan bahan kimia yang terkandung dalam sampah. Sebahagian daripada bahan kimia ini berbahaya kepada manusia, persekitaran, atau kedua- dua sekali, jika ia tidak dikawal dengan baik.

No comments:

Post a Comment