SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Monday, May 6, 2013

PETA MINDA HABA


TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B-2

Nota: Untuk setiap pembolehubah, adalah penting untuk menulis parameter dan objek bersama.                        

Contoh :            Saiz              kereta mainan
                                 
   Parameter                        objek
Parameter
Objek
Ayat
Jumlah
Saiz
Bilangan
Kuantiti
Tinggi
Jisim
Jarak
Kehadiran
Keadaan
Suhu
Keupayaan
Ketebalan
Kekuatan
Kestabilan
Kualiti
Jenis
Kecerahan
Bentuk
Pergerakan
Luas tapak
Luas
Lokasi
Kedudukan
Diameter
Warna
Arah
Bahagian
Pertumbuhan
Isipadu
Panjang
Kelajuan
Guli
Bola
Anak ikan
Biji benih
Pokok
Buku
Kereta mainan
Udara
Anak pokok
Air
Air
Tuala
Model
Meja
Baja
Paku
Mentol
Bongkah
Troli
kubus
Gelanggang badminton
Anak pokok
Tiang
Bulatan
Daun
Bayang-bayang
Tumbuhan
Biji benih
Cecair
Tali
Kereta mainan
Jumlah guli
Saiz bola
Bilangan anak ikan
Kuantiti biji benih
Tinggi pokok/Ketinggian pokok
Jisim buku
Jarak yang dilalui oleh kereta mainan
Kehadiran udara
Keadaan anak pokok
Suhu air
Keupayaan menyerap air
Ketebalan tuala
Kekuatan model
Kestabilan meja
Kualiti baja
Jenis paku
Kecerahan mentol
Bentuk bongkah               
Pergerakan troli        
Luas tapak kubus
Luas gelanggang badminton
Lokasi anak pokok diletakkan              
Kedudukan tiang
Diameter bulatan
Warna daun
Arah bayang-bayang
Bahagian tumbuhan
Pertumbuhan biji benih
Isipadu cecair
Panjang tali            
Kelajuan kereta mainan
Contoh soalan:

a.    Berdasarkan penyiasatan, nyatakan:

i)              pembolehubah yang dimanipulasikan
ii)             pembolehubah yang bergerakbalas

b.    Nyatakan pembolehubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan di atas.

c.    Tuliskan dua pembolehubah daripada penyiasatan di atas.

d.    Daripada data yang diberi, kenalpasti apa yang :

i)              dimalarkan   
ii)             dimanipulasikan:
iii)            bergerakbalas:

e.    Nyatakan apa yang dimalarkan dalam penyiasatan.

f.     Tuliskan dua maklumat berdasarkan penyiasatan di atas.

LATIHAN
1
Ali, Raju dan Ani  menjalankan penyiasatan untuk mengenalpasti hubungan diantara jarak sumber cahaya dari objek dan saiz bayang-bayang. Pemerhatian direkodkan ke dalam jadual di bawah.

Jarak sumber cahaya dari objek (cm)
Saiz bayang-bayang (cm)
6
16
10
X
14
8
18
6

a)
Berdasarkan daripada keputusan di atas, nyatakan:


i.
Pembolehubah yang dimanipulasikan

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

ii
Pembolehubah yang bergerakbalas

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

g.    Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan di atas.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B


Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B-1 

Pada kali ini, mari kita lihat beberapa perkara penting yang perlu di ambil perhatian ketika hendak menjawab soalan sains pada Bahagian (B).

Bagi murid yang ingin Skor A - sains UPSR , perkara penting perlu dikuasai iaitu :-
1.  Fakta Sains ( Bahagian A )
2.  Kemahiran Proses Sains     ( Bahagian B )
3.  Kemahiran Berfikir ( Bah. A dan B )



Cuba dapatkan markah maksimum , murid pastikan :-
1.Bahagian A , betul 25 dan ke atas  daripada 30 markah penuh
2. Bahagian B , betul 15 dan ke atas daripada  20 markah penuh 
Perkara yang perlu diketahui

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah adalah sesuatu  atau maklumat yang boleh berubah-ubah.

Pembolehubah adalah :
  • Pembolehubah yang dimanipulasi (PM)   
  • Pembolehubah yang bergerakbalas (PGB)  
  • Pembolehubah yang dimalarkan atau yang dikawal    
Pembolehubah yang bergerakbalas  (PGB)
Perkara yang diperhatikan / diukur/ direkodkan/  keputusan daripada penyiasatan.

Pembolehubah yang dimanipulasi (PM)
Perkara yang diubah (berbeza) atau dimanipulasikan dalam sesuatu penyiasatan dan
 ianya memberikan  kesan kepada apa yang diperhatikan.

Pembolehubah yang dimalarkan
Perkara  yang sama(tidak diubah) dan tetap/malar dalam penyiasatan.


















tujuan/ tajuk

kata kunci;
Untuk mengkaji hubungan antara (pm) dengan (pb)
               

Contoh ;


Untuk menyiasat hubungan antara suhu air dengan masa yang diambil oleh ais  untuk melebur

Tips : kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan(PM) dan 
           kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas (PB).             


  

Latihan


1.        Jadual di bawah menunjukkan hasil penyiasatan yang telah dijalankan oleh sekumpulan doktor pelatih di
           sebuah hospital di Tanjung Tong.


(pembolehubah dimanipulasi)
Bulan
(pembolehubah bergerakbalas)
Bilangan pesakit mata
Januari
11
Februari
25
March
39
April
53



               a)     Apakah tujuan penyiasatan di atas?


                  __________________________________________________________________

                 Tips : Untuk menyiasat hubungan di antara ....................... dengan .........................
 


                       b)      Berdasarkan keputusan,

i.              Apakah maklumat yang diubah (Pembolehubah imanipulasi)

........................................................................................................
                       
ii.            Apakah maklumat yang diukur (pembolehubah bergerakbalas)

........................................................................................................


c)         Ramalkan bilangan pesakit yang menghidapi penyakit dalam bulan Mei?

..............................................................................................................







KESAN HABA KE ATAS BAHAN


Kesan Haba ke atas Bahan 


(a)       Pengembangan dan Pengecutan Pepejal 
1.
Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiladisejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
       -Bola besi tidak dapat melepasi gelang logam apabila bola besi dipanaskan.
2.
Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.

3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal

i.
Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.

ii.
Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.

                                              -
(b)       Pengembangan dan Pengecutan Cecair 
1.
Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
2.
Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.
                          -Aras air berwarna dalam tiub kaca menaik kerana cecair 
                           mengembang apabila dipanaskan
3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair

Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.

  
(c)       Pengembangan dan Pengecutan Gas 
1.
Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
2.
Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyakberbanding pepejal dan cecair.

             -belon mengembang dan saiznya bertambah 
             -udara di dalam belon dipanaskan lalu mengembang
3.
Aplikasi pengembangan gas

Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.